SALAM

Thursday 13 October 2011

Cinta suci kurniaan Illahi yang ku dambakan...(^_^)

Siapa cakap nak bercinta itu tak boleh?
Ana mahu berkongsi dengan apa yang ana dapat semasa menghadiri Kuliah Imam Muda Fakhrul...
Dia menghuraikan syarat-syarat untuk bercinta yang beliau ambik dari para ulama...
Jika antum/antumna semua cukup syarat-syarat ini barulah boleh bercinta...

1) Mencintai Allah dari segala-segalanya - Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda : "Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)" [HR. Bukhari & Muslim]..

2) Mengenali cinta Allah terlebih dahulu...

3) Niat bercinta itu bertujuan untuk mengahwin biakal suami/isteri...

4) Cinta seseorang itu kerana Allah - Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”[HR. Muslim]...

5) Tidak berdua-duan antara lelaki dan perempuan - Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - [H.R Ahmad & Tirmidzi]...

6) Tundukkan pandangan ketika berjumpa di antara satu sama lain - "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya" [An-Nur ; 30-31]...

7) Tak memegang dan menyentuh orang yang bukan mahram -Sabdaan dari Rasulullah S.A.W “Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani]. “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.” [HR. Malik, Tirmidzi & an-Nasa’i]...

8) Perempuan tidak melunakkan suaranya terhadap lelaki - “Maka janganlah kamu wahai wanita,merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” [Al-Ahzab ; 32]...

9) Menutup aurat dengan sempurna - Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Al-Ahzab ; 59]...

Wednesday 12 October 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH.


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof

Tuesday 11 October 2011

Berwasiat Imam Al-ghazali pada anak muridnya:

Ketahuilah oleh kalian antara tanda-tanda seseorang berada dalam murka allah Dan hidupnya merugi ialah :

1) Apabila bicaranya menjadi racun.

2) Suka mencari kesalahan orang lain berbanding memuhasabah diri.

3) membuka aib orang lain hingga lupa aib diri sendiri yang lebih banyak.

4) Merasa bangga diri @ diri lebih daripada orang lain.


5) Merasa diri sentiasa benar hingga meremehkan orang lain.

6) Allah berikannya istidraj agar Semakin jauh dari allah dan rasulnya.

Semoga allah melindungi kita daripada sifat mazmumah yang mencelakan ini.

Saturday 8 October 2011

10 FADIHLAT COCA COLA


10 FADIHLAT COCA COLA...MESTI BACE [post #26934114]
copy from - Anonymous Coward
10 Fadhilat Coca Cola...

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!! 

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. 

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? 

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! 

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. 

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. 

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke. 

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! 

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! 
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. 
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! 

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

<<<Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi>>>

Disampaikan oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kawan2...

last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat
mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat
yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana
setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia
nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah
diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia
beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk
hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di
dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &
women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb
diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama
keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima
forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve
tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if
you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat
zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran
umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,
pls stop drinking & buying coke & pepsi.

*Renung-renungkan.
*Share to all our brothers & sisters...=)

Dahi Mencecah Sejadah - Hayatilah...=)


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih.
Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam beserta fatihah, selawat dan salam
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Tetapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justeru, ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat,
Usunglah dirimu ketika solat sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringlah dirimu ke masjid.
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangislah dosa-dosamu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan,

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.
Namun, pada ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan,
Ingatlah di mana sahaja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membalut tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.

Justeru, bila DIA menyeru sambutlah seruanNya,
Sebelum DIA memanggilmu buat kali terakhirnya.

Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu.

Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu yang lebih agung dari Malaikat.
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunakanlah ia untuk belayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan haiyaalaalsolah dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan haiyaalaalfalaah dengan jalan kemenangan dunia dan akhirat.

Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkal Tuhan.

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera,
Kondominium, saham dan niaga,
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA .


peringatan untuk sahabat-sahabat yg ku kasihi :)

Monday 3 October 2011

C.I.N.T.A ?

Cinta?

Cinta itu fitrah yang suci, lahir dari sifat Ar-Rahim Allah sendiri. Sungguh, Allah tidak pernah melarang dan mengharamkan cinta, sebaliknya memberi petunjuk dan panduan kepada manusia agar membawa cinta itu kepada jalanNya.

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa.

Rasa nk bercinta,xpalah..
Kalau da berkenan,pendamlah..
Tp jgn rasa nk bercinta,kita luahkan..
Kerana luahan kita tu akan 'effect' tuk jangka masa pnjg..

kerana fitrah manusia,yg ingin bercinta & yg ingin berpasangan,ISLAM meraikan mereka dengan syariatNya..
Syariat diletakkan di atas..
"Banyakkan MENJADI,kurangkan MENCARI".